
![]() |
Tips :)
Wednesday, 20 June 2012 | 16:37 | 0 star
Assalamualaikum and hi peeps :)
Hari ni aku tak tahu nak buat entry pasal ape so , aku just bagi tips nii :D Anyway tips ni copy & paste je . From someone's blog :D Sorry amik tak bagitahu :) Btw read it :)
1.
Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan
airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.
Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu
beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan
ucapan maaf.
3.
Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang
4.
Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.
5.
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan
cair seperti coklat!!
6.
Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima
pujian.
7.
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang
kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8.
Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan
adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.
11.
Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak
acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.
13.
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.
14.
Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
18.
Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.
19.
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati
sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.
Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah
siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya
sendiri.
21.
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya.
22.
Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak
tackle kawan mereka yang paling cantik.
25.
Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang
kompromi.
26.
Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..
27.
Senjata wanita adalah airmata!!
28.
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.
29.
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30.
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah..tiap lelaki perlukan
wanita.
Itu sahaja untuk hari ni . Bye . Have a nice day :) |